
Menguruskan kandungan video
Untuk mendapatkan maklumat filem secara manual
1
Pastikan peranti anda mempunyai sambungan data yang aktif.
2
Dari Skrin Utama anda, ketik , kemudian cari dan ketik
Filem.
3
Ketik
Semua dalam tab Koleksi Saya untuk menyemak imbas imej kecil fail yang
hendak didapatkan maklumatnya.
4
Sentuh dan tahan imej kecil video, kemudian ketik
Carian maklumat.
5
Jika digesa, benarkan peranti anda memuat turun butiran video menggunakan
sambungan data mudah alih anda.
6
Dalam medan carian, masukkan kata kunci untuk video, kemudian ketik kekunci
sahkan pada papan kekunci. Semua padanan dipaparkan dalam senarai.
7
Pilih hasil carian, kemudian ketik
Selesai. Muat turun maklumat bermula.
Anda boleh mendapatkan maklumat mengenai video yang baru ditambah secara automatik
setiap kali aplikasi Filem dibuka jika anda menandakan kotak semak
Dapatkan butiran video di
bawah Tetapan. Caj penghantaran data mungkin dikenakan.
Jika maklumat yang dimuat turun salah, cari sekali lagi menggunakan kata kunci yang
berbeza.
Untuk mengosongkan maklumat mengenai video
1
Dari Skrin Utama anda, ketik , kemudian cari dan ketik
Filem.
2
Seret sisi sebelah kiri skrin ke kanan untuk membuka menu skrin utama Filem,
kemudian semak imbas kategori dan ke fail video yang ingin anda sunting.
3
Sentuh terus imej kecil video, kemudian ketik
Kosongkan maklumat.
Untuk memadamkan video
1
Dari skrin Utama anda, ketik , kemudian cari dan ketik
Filem.
2
Seret sisi sebelah kiri skrin ke kanan untuk membuka menu skrin utama Filem,
kemudian semak imbas kategori dan ke fail video yang ingin anda padamkan.
3
Sentuh terus gambar kecil video, kemudian ketik
Padam daripada senarai yang
kelihatan.
4
Ketik
Padam sekali lagi untuk mengesahkan.
99
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.