Mencari peranti yang hilang
118
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Jika anda mempunyai akaun Google™, perkhidmatan web Xperia saya boleh membantu
anda mengesan dan melindungi peranti anda jika hilang. Anda boleh:
•
Kesan peranti anda pada peta.
•
Bunyikan isyarat walaupun jika peranti dalam mod senyap.
•
Kunci peranti dari jauh dan buat peranti memaparkan maklumat hubungan anda kepada
sesiapa yang menemui peranti itu.
•
Sebagai usaha terakhir, padam bersih memori dalaman dan luaran peranti dari jauh.
Perkhidmatan Xperia saya mungkin tidak tersedia di semua negara/rantau.
Untuk mengaktifkan perkhidmatan my Xperia
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Keselamatan > my Xperia > Aktifkan.
3
Tandakan kotak pilihan, kemudian ketik
Terima.
4
Jika digesa, daftar masuk ke akaun Sony Entertainment Network anda atau buat
akaun baru jika anda tidak mempunyainya.
5
Dayakan perkhidmatan lokasi pada peranti anda jika fungsi ini belum didayakan
lagi.
Untuk mengesahkan bahawa perkhidmatan my Xperia boleh mengesan peranti anda, pergi ke
myxperia.sonymobile.com
dan daftar masuk menggunakan akaun Google™ atau akaun Sony
Entertainment Network yang telah anda sediakan pada peranti anda.