
Mencari nombor pengenalan peranti anda
Peranti anda mempunyai nombor ID (pengenalan) yang unik. Pada peranti anda, nombor
ini dirujuk sebagai IMEI (Identiti Peralatan Mudah Alih Antarabangsa). Anda hendaklah
menyimpan salinan nombor ini. Anda mungkin memerlukannya, sebagai contoh, apabila
anda mengakses perkhidmatan sokongan Xperia™ Care dan perlu mendaftarkan peranti
anda. Selain itu, jika peranti anda dicuri, sesetengah pembekal rangkaian boleh
menggunakan nombor ini untuk menghentikan peranti daripada mengakses rangkaian
dalam negara anda.
Untuk peranti dengan dua kad SIM, terdapat dua nombor IMEI, satu untuk setiap slot kad SIM.
Untuk melihat nombor IMEI anda
•
Tanggalkan penutup untuk melihat nombor IMEI anda.
•
Buka pendail telefon pada peranti anda dan masukkan
*#06#
.
Untuk melihat nombor IMEI anda di dalam peranti
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Mengenai telefon > Status.
3
Pilih kad SIM, kemudian tatal ke
IMEI untuk melihat nombor IMEI.
119
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.