Sony Xperia E4g Dual - Mengehadkan panggilan

background image

Mengehadkan panggilan

Anda boleh menyekat semua atau kategori tertentu panggilan masuk dan keluar. Jika

anda telah menerima kod PIN2 daripada pembekal khidmat anda, anda juga boleh

menggunakan senarai Nombor Pendailan Tetap (FDN) untuk mengehadkan panggilan

keluar. Jika langganan anda termasuk khidmat mel suara, anda boleh menghantar

semua panggilan masuk daripada kenalan khusus terus ke mel suara. Jika anda mahu

menyekat nombor tertentu, anda boleh pergi ke Google Play™ dan muat turun aplikasi

yang menyokong fungsi ini.

FDN tidak disokong oleh semua pengendali rangkaian. Hubungi pengendali rangkaian anda

untuk mengesahkan jika kad SIM atau perkhidmatan rangkaian anda menyokong ciri ini.

Untuk menyekat panggilan masuk atau keluar

1

Dari Skrin Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Panggilan.

3

Pilih kad SIM.

4

Ketik

Sekatan Panggilan, kemudian buat pilihan.

5

Masukkan kata laluan dan ketik

Dayakan.

Apabila anda menyediakan sekatan panggilan buat pertama kalinya, anda perlu memasukkan

kata laluan untuk mengaktifkan fungsi sekatan panggilan itu. Anda mesti menggunakan kata

laluan yang sama selepas itu jika anda ingin menyunting tetapan sekatan panggilan.

52

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk mendayakan atau menyahdayakan pendailan tetap

1

Dari Skrin Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Panggilan.

3

Pilih kad SIM.

4

Ketik

Nombor dailan tetap.

5

Ketik

Aktifkan pendailan tetap atau Nyahaktifkan pendailan tetap.

6

Masukkan PIN2 anda dan ketik

OK.

Untuk mengakses senarai penerima panggilan yang diterima

1

Dari Skrin Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Panggilan.

3

Pilih kad SIM.

4

Ketik

Nombor dailan tetap > Nombor dailan tetap.

Untuk menukar PIN2 kad SIM

1

Dari Skrin Utama, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Panggilan.

3

Pilih kad SIM.

4

Ketik

Nombor dailan tetap > Tukar PIN2.

5

Masukkan PIN2 kad SIM lama dan ketik

OK.

6

Masukkan PIN2 kad SIM baru dan ketik

OK.

7

Sahkan PIN2 baru dan ketik

OK.

Untuk menghantar panggilan masuk daripada kenalan khusus terus ke mel suara

1

Dari Skrin Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik .

3

Pilih kenalan yang ingin anda halakan semua panggilan masuk daripadanya ke mel

suara secara automatik.

4

Ketik > .

5

Tandai kotak pilihan di sebelah Semua pnggilan ke mel suara.

6

Ketik Selesai.