
Mengecas peranti anda
Peranti anda mempunyai bateri terbina dalam yang boleh dicas semula, yang seharusnya
digantikan oleh Sony atau pusat pembaikan Sony yang berdaftar sahaja. Jangan sekali-
kali cuba membuka atau meleraikan peranti ini sendiri. Membuka peranti boleh
menyebabkan kerosakan yang akan membatalkan waranti anda.
Bateri tercas sebahagiannya semasa peranti dihantarkan dari kilang. Bergantung pada
tempoh peranti berada di dalam kotak sebelum anda membelinya, aras bateri mungkin
agak rendah. Oleh itu, anda disarankan supaya mengecas bateri selama sekurang-
kurangnya 30 minit sebelum memulakan peranti anda untuk pertama kalinya. Anda
masih boleh menggunakan peranti anda semasa ia sedang dicas. Baca selanjutnya
tentang bateri dan cara meningkatkan prestasi dalam
Bateri dan pengurusan kuasa
pada halaman 120 .
Untuk mengecas peranti anda
1
Pasangkan pengecas ke dalam salur keluar kuasa.
2
Pasangkan satu hujung kabel USB ke dalam pengecas (atau ke dalam port USB
komputer).
3
Pasangkan satu lagi hujung kabel ke dalam port USB mikro pada peranti anda,
dengan simbol USB menghadap ke atas. Lampu pemberitahuan menyala apabila
pengecasan bermula.
4
Apabila peranti sudah dicas penuh, putuskan sambungan kabel dari peranti anda
dengan menariknya lurus keluar. Pastikan penyambung tidak bengkok.
Sekiranya bateri telah ternyahcas sepenuhnya, mungkin mengambil masa beberapa minit
sebelum lampu pemberitahuan menyala dan ikon pengecasan kelihatan.
Status lampu pemberitahuan bateri
Hijau
Paras cas bateri melebihi 90%
Berdenyar merah
Bateri sedang dicas dan paras cas bateri kurang daripada 15%
Jingga
Bateri sedang dicas dan paras cas bateri kurang daripada 90%
11
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.