Sony Xperia E4g Dual - Mengapakah saya memerlukan akaun Google™?

background image

Mengapakah saya memerlukan akaun Google™?

Peranti Xperia™ anda daripada Sony dijalankan pada platform Android™ yang

dibangunkan oleh Google™. Pelbagai aplikasi dan perkhidmatan Google™ tersedia

pada peranti anda apabila anda membelinya, contohnya, aplikasi Gmail™, Google

Maps™, YouTube™ dan Play Store™, yang menyediakan akses kepada kedai dalam

talian Google Play™ untuk memuat turun aplikasi Android™. Untuk mendapatkan

manfaat sepenuhnya daripada perkhidmatan ini, anda memerlukan akaun Google™.

Contohnya, akaun Google™ adalah wajib jika anda ingin:

Memuat turun dan memasang aplikasi daripada Google Play™.

Selaraskan e-mel, kenalan dan kalendar menggunakan Gmail™.

Bersembang dengan rakan menggunakan aplikasi Hangouts™.

Segerakkan sejarah semak imbas dan penanda halaman anda dengan menggunakan

penyemak imbas web Google Chrome™.

Mengenalpasti diri anda sebagai pengguna yang sah selepas pembaikan perisian

menggunakan Xperia™ Companion.

Mencari, mengunci atau mengosongkan peranti yang hilang atau dicuri secara kawalan

jauh menggunakan my Xperia™ atau perkhidmatan Pengurus Peranti Android™.
Untuk maklumat lanjut mengenai Android™ dan Google™, pergi ke

http://support.google.com

.

Ianya sangat penting anda mengingati nama pengguna dan kata laluan akaun Google™ anda.

Dalam beberapa situasi, anda mungkin perlu memperkenalkan diri anda di atas sebab-sebab

keselamatan menggunakan akaun Google™ anda. Jika anda gagal memberikan nama

pengguna dan kata laluan akaun Google™ anda di dalam situasi ini, peranti anda akan dikunci.

Selain itu, jika anda mempunyai lebih daripada satu akaun Google™, pastikan anda

memasukkan butiran yang berkenaan untuk akaun tersebut.

10

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk menyediakan akaun Google™ pada peranti anda

1

Dari Skrin Utama anda, ketik .

2

Dapatkan dan ketik

Tetapan > Tambah akaun > Google.

3

Ikut wizard pendaftaran untuk membuat akaun Google™, atau daftar masuk jika

anda sudah mempunyai akaun.

Anda juga boleh mendaftar masuk atau membuat akaun Google™ dari panduan persediaan

pada kali pertama anda memulakan peranti anda. Atau anda boleh pergi ke dalam talian dan

buat akaun di

www.google.com/accounts

.