
Memilih rangkaian mudah alih
Peranti anda menyokong penggunaan dua rangkaian berlainan pada masa yang sama.
Anda boleh memilih daripada gabungan mod rangkaian berikut apabila dua kad SIM
dimasukkan ke dalam peranti anda:
•
Satu rangkaian LTE dan satu rangkaian GSM
•
Satu rangkaian WCDMA dan satu rangkaian GSM
•
Dua rangkaian GSM
Untuk setiap kad SIM, anda boleh menetapkan peranti anda untuk bertukar antara
rangkaian mudah alih secara automatik bergantung pada rangkaian mudah alih yang
tersedia di tempat anda berada. Anda juga boleh menetapkan peranti anda secara
manual untuk menggunakan mod rangkaian mudah alih tertentu untuk setiap kad SIM,
sebagai contoh, WCDMA atau GSM.
Ikon status berlainan dipaparkan dalam bar status bergantung pada jenis dan mod
rangkaian yang disambungkan. Rujuk
Ikon status
pada halaman 22 untuk melihat rupa
ikon status yang berlainan.
Untuk memilih mod rangkaian
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Lagi… > Rangkaian mudah alih.
3
Pilih kad SIM.
4
Ketik
Mod rangkaian, kemudian pilih mod rangkaian.
32
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

Untuk memilih rangkaian lain secara manual
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Lagi… > Rangkaian mudah alih.
3
Pilih kad SIM.
4
Ketik
Pengendali rangkaian.
5
Ketik
Mod cari, kemudian pilih Manual.
6
Pilih rangkaian.
Jika anda memilih rangkaian secara manual, peranti anda tidak akan mencari rangkaian lain,
walaupun sekiranya anda keluar daripada liputan rangkaian pilihan yang dibuat secara manual
itu.
Untuk mengaktifkan pemilihan rangkaian automatik
1
Daripada Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Lagi… > Rangkaian mudah alih.
3
Pilih kad SIM.
4
Ketik
Pengendali rangkaian.
5
Ketik
Mod cari > Pilih automatik.