Sony Xperia E4g Dual - Menu skrin utama album

background image

Menu skrin utama album

Melalui menu skrin utama Album, anda dapat menyemak imbas semua album foto anda,

termasuk album foto dan video yang diambil dengan kamera serta kandungan yang

anda kongsi dalam talian melalui perkhidmatan seperti PlayMemories Online, Picasa™

dan Facebook. Setelah anda dilog masuk ke perkhidmatan sedemikian, anda boleh

mengurus kandungan, memberi komen pada foto dan video dan melihat komen

daripada rakan. Daripada aplikasi Album, anda turut dapat menambahkan geoteg pada

foto, melaksanakan tugas penyuntingan asas dan menggunakan kaedah seperti

teknologi wayarles Bluetooth® dan e-mel untuk berkongsi kandungan.

1

Lihat foto dan video menggunakan perkhidmatan PlayMemories Online

2

Kembali ke skrin utama aplikasi Album

3

Lihat semua foto dan video yang diambil dengan kamera peranti anda

4

Lihat semua foto dan video yang disimpan ke peranti anda dalam pelbagai folder

5

Lihat foto dan video kegemaran anda

6

Lihat semua foto yang mengandungi muka

7

Lihat foto anda pada peta atau dalam mod glob

8

Lihat foto dan video pada rangkaian yang sama

9

Lihat foto dan video di Facebook™

10 Lihat foto dan video di Picasa™

11 Tatal ke atas atau ke bawah untuk melihat kandungan

Perkhidmatan PlayMemories Online tidak tersedia di semua negara atau rantau.

95

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk melihat foto daripada perkhidmatan dalam talian dalam Album

1

Dari Skrin Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Album , kemudian seret sisi kiri skrin utama Album ke kanan.

3

Ketik perkhidmatan dalam talian yang dikehendaki, kemudian ikut arahan pada

skrin untuk bermula. Semua album dalam talian yang tersedia, yang telah anda

muat naik ke perkhidmatan itu akan dipaparkan.

4

Ketik sebarang album untuk melihat kandungannya, kemudian ketik foto dalam

album itu.

5

Kuis ke kiri untuk melihat foto atau video seterusnya. Kuis ke kanan untuk melihat

foto atau video sebelumnya.